Nuffnang

Friday 18 October 2013

Petua kecantikan

1. Masalah jerawat dan jeragat – Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campurkan dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan 2 kali seminggu.

2. Segarkan kulit muka – Jus epal hijau yang diperah. Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

3. Hilangkan tanda hitam pada badan – Ambil beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari.

4. Kulit cerah dan licin – Sebiji limau nipis dibelah dua. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan setiap hari.

5. Menghilangkan parut – Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan pada  tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

6. Menegangkan kulit muka – Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun. Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan  biar sehingga kering. Bilas dengan air.

7. Merawat kulit berkedut – Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali sehari.

8. Tegangkan kulit muka – Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua kali seminggu.

9. Masalah Kulit berkedut – Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan dalam masa 2 minggu.

10. Hilangkan parut demam campak – Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan selama 3 hari. Daun semambu juga boleh direbus untuk di minum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

No comments: