Nuffnang

Tuesday, 13 August 2013

Novel Seharum Kasih di hatiku

Selamat malam bloggers !
Di malam yang romantik diterangi cahaya bulan purnama dek udara sepoi-sepoi bahasa
Jiha nak suggest novel yang terbaik yang pernah Jiha baca.
novel Seharum Kasih karya Aina Emir
Memang terbaik ! Walaaa *kenyit mata*
Sebenarnya yang nak di bagi tahu ni novel pertama yang Jiha baca. Time tu umur 13 tahun.
Pinjam novel sepupu Cik Munirah Nasri. Mataceh ! Rasanya novel ni dah lama keluar. 
Kalau ke bookstore pun memang susah nak jumpak, Melainkan kalau berkunjung ke rumah 
peminat novel mesti adalah novel ni. So ini cover novel Seharum Kasih.Sekarang dah buat keluaran terbaru.
Yeay ! Yeay ! Yeay










VS














So sesiapa yang try boleh la membacanya. Conform akan guling-guling lepas tu dilamun cinta.
Kononnya bila Jiha baca novel ni memang terasa bahang jalan cerita yang di sampaikan 
sama lah dengan apa yang dilalui. Maklumlah bercinta dengan En Sayed.
Novel ni pun berkisahkan kehidupan antara darjat keturunan Syed dan keturunan biasa-biasa.
Macam mana Rasya Aleeya a.k.a Cik Jiha *okey perasaan* dipinggirkan.
Ala senang kata boleh baca dan rasainya. Dijamin jalan ceritanya lain dari yang lain.
Okie ! Okie ! Okie !

Di bawah Jiha kongsikan sinopsis untuk anda-anda lihat sedikit kisahnya.

Pertalian yang mula menguntum melalui bait kata-kata, apakah ia sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mengapa begitu sukar buat Rasya Aleeya untuk mempercayai kejujuran hati Syed Reeza? Mungkinkah kerana rupa dan gosip yang datang mengganggu jiwa, atau kerana apa yang pernah terjadi pada latar dirinya?

Fitnah yang dilontarkan membuat Rasya menerima kasih yang sudah lama tersemat pada Fahmi, lelaki yang sudah lama dikenalinya. Namun ombak yang datang telah mengubah pasir di pesisiran dan seterusnya membawa Rasya jauh menghilangkan diri lalu membawa hati yang sudah tidak keruan lagi. Pun begitu, dunia yang luas mampu menjadi kecil buat sepasang hati yang merindui.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan cinta yang hampir terpadam, tetapi sanggupkah Rasya menghancurkan harapan seorang gadis bernama Hilda yang tidak pernah bersalah? Apakah keputusan yang mahu diambil Rasya untuk mengubat jiwa yang masih resah gelisah? Sama-samalah kita berhibur dan menghayati perjalanan cerita yang tersirat di novel ‘best seller’ Aina Emir ini.

No comments: