Nuffnang

Monday, 16 April 2012

Kematian itu pasti

22/1/2012 merupakan detik bersejarah bagi jiha dan keluarga..adik kesayangan iaitu Natasya telah kembali ke rahmatullah pada jam 0840..beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang di sisi ayah dan jiha..ayah sempat mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah..pagi yang suram menjelma apabila jiha dengan ayah sahaja disitu..menitis air mata takala melihat adik pergi jauh dari dunia menuju ke alam lain..

22/1/2012 pada jam 0700 diperkarangan ICU hanya surah yassin yang menjadi peneman untuk mendoakan yang terbaik semoga adik sihat walafiat..sempat berbual dengan kakak yang tunggu adik dia jugak sementara tunggu ayah keluar..maklum lah sorang saja boleh masuk..tiba-tiba ada nurse panggil suruh masuk..memang berdebar sangat masa tu..ya Allah kuatkan semangatku..

mengalir air mata tengok adik terlantar di atas katil sehingga tidak sedarkan diri *koma..hidung dia keluar darah tapi darah tu dah beku jadi melekat dekat hidung..mesin-mesin penuh sekeliling adik *nama pun ICU..adik cuma bernafas guna tiub..mata dia terpaksa dilekatkan pita pelekat..tengok ayah tengah baca yassin disisi adik..kaku tengok muka pucat adik..jiha terus berwuduk lalu membaca yasin..sebenarnya adik dah sakit hampir 2 tahun..penyakit dia memang pelik iaitu "Aplastik Anemia" atau boleh ditafsirkan secara mendalam lagi tulang sum-sum tidak dapat berfungsi menghasilkan darah dengan baik..kuman dalam darah membuatkan dia demam tak turun-turun suhu tambah pulak dengan penat merupakan penyebab dia tidak dapat tahan untuk berinteraksi dengan antibiotik yang mengambil masa selama seminggu melihat hasilnya..

jam 0825 lepas habis baca yassin dengan ayah tiba-tiba nurse cakap boleh ajarkan dia mengucap..walaupun dia tak sedarkan diri tapi jiha dengan ayah tetap ada disisi adik..ayah tak henti-henti mengucap ditelinga adik hampir 15 minit..memang perasaan bercampur aduk masa tu..takut sangat cuma mampu tengok ayah..tepat 0840 akak nurse tu datang cakap adik dah menghembuskan nafas.."Haaaa" menangis masa tu..kaki pun dah goyang..depan mata adalah jenazah adik..jiha jatuh rebah sambil bergesel di dinding depan adik. cuma nama Allah yang disebut masa tu.

mama yang otw ke hospital pagi tu terpaksa berpatah balik ke yan sebab nak uruskan pekebumian jenazah adik..menangis mama masa bagitau adik dah arwah..tak sempat mama berada disisi adik disaat maklaikat sakaratul maut mengambilnya..jiha dengan ayah uruskan jenazah adik untuk bawak balik ke yan dengan van jenazah..sampai dirumah mayat abah uruskan surat menyurat jenazah..jiha sorang-sorang duduk berhadapan dengan jenazah adik yang telah dikafankan..pilu sangat cuma Allah yang tahu..dalam 5 minit ibu sampai..peluk ibu sebab tak boleh nak cakap apa dah..

bertolak dari penang jam 0930 alhamdulillah sampai di yan jam 1130..perkarangan rumah ramai sangat orang..kawan-kawan mama, saudara-saudara dan kawan-kawan arwah adik..Suasana pilu yang redup seolah-olah mengucapkan selamat datang kepada jenazah adik yang telah lama meninggalkan rumah itu disebabkan penyakit adik terpaksa menjadikan hospital sebagai rumah keduanya. boleh dikatakan setiap orang yang ada disitu  memegang buku yassin dan menunggu jenazah adik tiba sambil megalunkan hati Al-quran itu. hanya dengan ucapan takziah banyak didengari di telingaku. jiha hanya mampu berada di sisi mama tercinta menemani jenazah adik. Subhanaallah sangat memilukan.

 1500 jenazah adik dimandikan. makcik-makcik semua tolong mandikan adik buat kali terakhir. mama yang letih sebab tak senang hati semalam tak lepaskan peluang untuk memandikan anak keduanya. ingat lagi bila mama cakap semasa memandikan adik. 'Angah mandi puas-puas mama mandikan angah bagi bersih'. satu persatu air mata ku jatuh lalu dikesatkan di baju kurung. kawan-kawan adik bertungkus lumus menyiapkan bunga-bunga untuk adik. lepas mandi adik dipakaikan baju putih yang 'Kakngah' jahitkan. memang muat untuk adik. lalu di sarungkan pula telekung adik. bila jiha tengok telekung tu ingat lagi yang ayah belikan untuk kita berdua telekung yang sama. tapi telekung adik akan dibawa ke sana.

1500 segala persediaan sudah siap. abah ambilkan keranda untuk puteri kesayangannya tu. kain hitam bertulisan al-quran menutupi keranda tersebut. ada yang tak berhenti-henti masih membaca hati al-quran itu. Alhamdulillah. jiha sempat kucup adik buat kali terakhir. mukanya tersenyum seolah-olah gembira pergi ke alam sana. di dunia dia hanya menanggung kesakitan. sejuk dahi adik. mulut terkaku bila menyentuh dahi adik.  jenazah telah dikebumikan selepas asar..kubur arwah Natasya dekat dengan kubur atok dan pakngah..alhamdulillah segalanya berjalan lancar..semoga roh adik tenang dialam sana..amin



      

No comments: